Wednesday, June 4, 2014

Gambar Inovasi untuk UKM 2014



1. Vein Viewer


 MEMPHIS, Tenn. – (23 Januari, 2014) – peneraju global dalam bidang pengimejan sistem vaskular hari ini mengumumkan pengeluaran produk pertama di pasaran dan kemampuan produk tersebut untuk memaparkan imej berdefinisi tinggi (HD) dalam mengesan salur darah pesakit. Signifikasi penciptaan alat ini adalah untuk meningkatkan jagarawatan pesakit dan mengurangkan risiko yang membahayakan pesakit dan penjaga. 



2. Instabeat


Instabeat adalah produk kalis air pertama yang mampu memantau kadar, menyimpan, dan memaparkan kod warna berdasarkan kadar denyutan jantung dengan segera di lensa swimming goggle anda. Ini membolehkan perenang untuk mengoptimakan tahap latihan dan meningkatkan prestasi persembahan



3. Reebok Checklight


Reebok Checklight adalah inovasi terbaik bagi kategori kesihatan dan kecergasan. Alat ini dicipta sebagai indikator bagi kesan sukan khas buat atlet dari pelbagai lapisan umur dan tahap kemahiran. Sensor yang mengesan pelbagai gerakan dilekatkan di topi bagi memudahkan penyelenggaraan data pemerhatian atlet sebelum meneruskan latihan



4. ExtriCARE® 2400 Negative Pressure Wound Therapy (NPWT) Pump 





ExtriCARE® 2400 Negative Pressure Wound Therapy (NPWT) Pump adalah sejenis produk yang ringan, mudah dibawa kemana-mana dan menggunakan kuasa bateri untuk berfungsi dan alat ini datang bersama set Devon Medical Product iaitu NPWT dressings untuk menghasilkan persekitaran yang bertekanan rendah. Satu tiub khas disambungkan ke balang kanister yang terletak disebelah pam tersebut untuk menyedut dan mengumpulkan cairan badan. Ini akan menggalakan penyembuhan luka. Pam ini boleh menampung kapasiti 110ml dan 400ml balang kanister dalam pengumpulan cairan yang keluar daripada luka pesakit.



5. Emma Capnometer Emergency



Emma Capnometer Emergency adalah sejenis alat bantu pernafasan yang direka khas untuk membantu ketika situasi genting dan semasa melakukan cardiopulmonary resuscitation (CPR). Alat ini membolehkan pasukan perubatan kecemasan untuk mengesan endotracheal intubation yang betul, mengetahui qualiti CPR yang dijalankan ke atas pesakit dan menunjukkan kadar perjalan darah dengan mudah dan cepat




6. New Bluetooth Smart Model 3230 Finger Pulse Oximeter 


Model 3230 ini adalah alat perubatan yang pertama yang menggunakan teknologi tanpa wayar Bluetooth Smart. Bluetooth Smart membantu dalam manggalakkan penggunaan teknologi yang mudah dan selamat dengan hanya mengunakan alat ini, maklumat kesihatan yang direkodkan dapat dimasukkan dalam sistem data tanpa perlu sambungan wayar atau internet. Model 3230 ini mampu bertahan berbulan-bulan dan hampir tahun hanya dengan menggunakan satu bateri sahaja kerana penggunaan tenaga rendah yang disetkan untuk model ini.  




7. Viamed's Pulse Oximeters and Capnograph Monitors


Viamed’s Pulse Oximeters and Capnograph Monitors menggunakan teknologi terbaru yang memberikan pengguna fleksibiliti dalam memantau keadaan pesakit. Capnograph Monitors juga boleh digunakan dalam masa 10 saat, ini mampu memberikan peluang kepada pengamal perubatan yang bekerja di bahagian kecemasan dan unit rawatan rapi 


8. Smart Consulting Service





bijak, konsultasi, perkhidmatan,paparan, rekacipata yang unggul, reka bentuk produk,kamera, paparan sentuh, pembantu maya, doktor, pendaftaran


Apabila ingin berjumpa doktor, anda terpaksa melalui pelbagai proses. Anda perlu mendaftar dan perlu melalui pra-konsultasi dalam membantu pesakit juga doktor dalam memberi rawatan. Justeru, Smart Cinsulting Service dicipta agar proses tersebut berlaku dengan lebih cepat dan pantas. Hasil ciptaan ini akan membantu pesakit dalam proses konsultasi yang akan mengecilkan penyebab masalah yang dihidapi lantas akan dirujuk kepada doktor mengikut jenis penyakit tersebut. Alat ini dilengkapi dengan paparan menggunakan sentuhan dan kamera yang boleh mengesan penyakit dan pembantu maya seperti manusia akan mengambil dan merekodkan segala maklumat tentang anda. Alat ini mampu untuk menjimatkan banayak masa yang dihabiskan di bilik menunggu.






9.Omnilux Phototherapy Skin Cancer Treatment Device
Kadar kanser kulit semakin hari semakin meningkat, dengan kanser non-malanoma yang  kerap berlaku. Cubaan klinikal menggunakan terapi foto-dinamik di Institut Kajian Kanser di United Kingdom menawarkan pilihan tanpa pembedahan, membantu meningkatkan pengalaman pesakit dan hasil daripada rawatan tersebut
Produk Omnilux hanya memerlukan sesorang jururawat sahaja untuk memberikan rawatan, tanpa perlu pasukan surgeri dan dewan bedah lantas dapat menjimatkan kos rawatan.       


10. Cellphone Ultrasound Technology

Menjelang abad ke-21, alat ultrasound mudah alih akan manggantikan penggunaan stetoskop. Ultrasound adalah gelombang tekanan bunyi untuk memantulkan imej dari dalam badan anda. Daripada hanya mampu mendengar bunyi yang tidak normal melalui stetoskop, alat ini mampu menandingi stetoskop malah mampu melihat samada jantung berdegup dengan betul atau pengumpulan cairan di peparu. Ini mampu menjatuhkan martabat stetoskop dek kerana limitasi berbanding alat ultrasound ini. 


No comments:

Post a Comment