Sunday, May 25, 2014

Amboi,garangnya nurse ni!!!

Assalamualaikum....


Isu: Amboi,garangnya nurse ni!!!

      Pada saat ini, cuma satu sahaja yang menjadi isu yang ingin saya bincangkan setelah mana sahabat-sahabat sekelas saya hebat mengupas tajuk-tajuk yang sangat popular dalam kalangan jururawat. Jadi, apa pulak tajuk saya? Pernah kah terlintas di fikiran dan sanubari anda atau adakah anda pernah mengalami situasi dimana terdetik dihati anda, "Amboi, garangnya nurse ni!". So itu lah isu yang akan saya kupas bersama dengan anda, ya anda!!!

      Mesti sekali dalam hidup anda pernah pergi ke klinik atau menetap di wad, tak kira lah anda sakit ke, melawat orang sakit ke, menjaga ibu bapa atau insan tersayang sakit ke, bekerja untuk orang sakit ke, tapi yang pasti anda mesti pernah kan? Justeru, persoalannya disini adalah benarkah nurse yang menjaga dan berkhidmat kepada anda itu semuanya garang? Jawapannya, simpan dulu, nanti komen kat bawah.

      Istilah nurse garang atau suka tinggi suara bukan lah suatu yang biasa namun, dewasa ini, jarang lah kita dengar masalah nurse dikenakan hukuman tatatertib disebabkan akhlak dan peribadinya memarahi tanpa usul periksa. Tambahan pula, jururawat generasi kini telah mendapat pendidikan yang tinggi dan lengkap dengan ilmu sahsiah sebelum bergelar seorang jururawat terlatih. Contohnya, di Universiti Kebangsaan Malaysia, pelajar Ijazah Kejururawatan padat dengan ilmu komunikasi berkesan dan pendidikan insaniah yang mendidik pelajar cara untuk menghadapi situasi sebenar kehidupan. Jadi, masuk lah UKM. Ada berani?


      Sepanjang pengalaman saya sebagai pelajar yang sentiasa dekat dengan kerjaya jururawat, ada juga saya melihat pesakit dimarahi oleh jururawat tapi, ada tapinya, kita selidiki dahulu pokok pangkal masalah tersebut bermula. Wahai manusia, jangan lah kita serkap jarang atau tuduh melulu tanpa usul periksa. Seorang jururawat yang bertauliah tidak akan memarahi atau bersikap garang sekiranya pesakit mematuhi etika sebagai pesakit. Ada juga kisahnya, nurse garang bila ada pesakit yang mempunyai masalah lain selain masalah kesihatan yang dihadapinya iaitu syndrome "manjali-tis". Ini mungkin akan menguji keimanan dan kesabaran seorang jururawat yang menjaga pesakit tersebut. Itu lah cabaran namanya....Ada berani?

      Suka ingin saya katakan disini, beruntungnya jadi jururawat, banyak pahala boleh dikumpul dengan bersabar dan pandai kawal amarah. Bukan semua orang boleh buat macam tu. Namun, ada jugak pepatah melayu,
"kerana nila setitik, rosak susu sebelanga". Fikir-fikirkan lah....lalalalala
      Nurse atau jururawat juga manusia, tidak lepas dari segala perasaan gembira, sedih, amarah, cemburu, dan lain-lain. Jika kita selami hati mereka, mungkin kita akan terkedu sebentar dengan bebanan yang mereka pikul, kerana mereka juga punya masalah, mereka juga punya keluarga, mereka juga pasangan dan anak, mereka juga punya masa untuk diri mereka sendiri. Namun, kadang kala, mereka terpaksa mengenepikan sebentar masalah tersebut untuk meletakkan pesakit di top of the list. 




 
       Sebenarnya banyak lagi yang boleh dibincangkan secara terus tentang isu jururawat garang ni, tapi saya biarkan anda beri pendapat anda. Perlu ke wujudnya nurse garang ni?


Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah telah bersabda:”Bukanlah orang yang kuat itu orang yang selalu menumpaskan orang lain, sesungguhnya orang yang kuat itu adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah.”(Riwayat Bukhari dan Muslim)






Apa kata anda?
















10 comments:

  1. Isu yang menarik.

    Pada pendapat saya, nurse tidak perlu menjadi garang tetapi tegas supaya pesakit menghormati setiap tugasan yang perlu diselesaikan tanpa cerewet. secara tidak langsung garang mampu melukakan hati pesakit dan boleh menyebabkan pesakit bertambah sakit.

    Hizra Fazlia Musa A138154

    ReplyDelete
  2. Selamat petang ima,
    Satu isu yang menarik dan amat memerlukan tindakan untuk menambahbaikan situasi ini supaya reputasi jururawat dapat dipertahankan dan dijagakan.
    Sebagai seorang pelajar jururawat, sudah tentu saya pernah jumpa jururawat yang marah pesakit, tapi pada pendapat saya, jururawat tidak akan marah pesakitnya sesuka hati sahaja, pasti ada penyebab yang merangsangkan kemarahan seseorang jujurawat tersebut.
    Sebagai contohnya, semasa saya praktikal di klinik obstetric&gynaecology (O&G), ada seorang wanita mengandung datang ke klinik minta nak masuk HUKM untuk bersalin. Pada masa itu, tarikh anggaran untuk bersalin sudah lebih 6 hari dan wanita mengandung itu tidak pernah membuat pemeriksaan untuk bayi sepanjang tempoh mengandung, sekarang baru wanita mengandung itu datang ke hospital minta nak bersalin di HUKM. Jadi, jururawat yang bertugas itu pun sangat marah dan memekik terhadap wanita mengandung itu atas perbuatan dia.

    CHEW FANG SIEN A137791

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Imah

    Topik yang lain dari lain. Secara jujur, ada je jururawat yang garang di muka tapi lembut di hati. Tapi ada juga yang zahir & batin memang garang akibat stress kerja. Tapi tulah, bila emosi menguasai diri, habis mood untuk kerja dan sekali gus memberi 'bad impression' kepada masyarakat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbab tu kita ni perlu jaga atitude kita
      jabatan lain pun kerjanya stress
      kita perlu bijak menangani permaslahan

      kerja dengan ihklas ...

      Delete
  4. terima kasih imah di atas perkongsian anda mengenai jururawat garang.
    pendapat peribadi saya, saya tidak menolak bahawasanya memang terdapat golongan jururawat yang garang.
    namun pada pendapat saya, ia harus berlaku pada situasi yang membenarkan shaja.
    atau mungkin lebih sopan kita gunakan perkataan TEGAS.

    saya melibat unsur tegas ini memang perlu ada bagi memastikan pesakit memberi kerjasama sepenunya sebagai pesakit dan tidak mendatangkan masalah yang boleh membawa kepada ketidakberkesanan rawatan.

    sekadar itu, terima kasih

    ATIEFAH A138265

    ReplyDelete
  5. Assalamualikum

    isu yang menarik.. pada pandnagan saya, nurse garang nie sering dikaitkan pada amsa dahulu, terutamya golongan nurse yang sudah berusia, tetapi pada masa sekarnag, mungkin hanya segelintir sahaja nurse yang bersikap begitu.

    Saya pernah melihat situasi nurse yang garang. Contohnya ketika pesakit menolak untuk makan ubat. Sebenarnya, pesakit ada hak untuk menolak untuk tidak makan ubat, tetapi jururawat tersebut telah memarahi pesakit dan mengatakan ubat perlu diambil untuk menyembuhkan penyakit. Kesudahannya ubat tersebut diberikan jua kepada pesakit setelah pesakit mendengar nasihat daripada jururawat tersebut.

    Kesimpulannya, garang itu biarlah berpada-pada, dan jururawat perlu menjelaskan kepada pesakit kenapa beliau berkelakukan demikian. dan ingatlah bahawa jangan sesekali menggunakan kekerasan kepada pesakit untuk melepaskan geram dan kemarahan. Lakukan pekerjaan untuk mengumpul pahala untuk bekalan ke syurga.

    Siti Sara binti Kuseri (A138060)

    ReplyDelete
  6. Hi Halimah,

    Saya juga pernah berhadapan dengan nurse yang garang. Memang ada jururawat yang mudah marah, mungkin disebabkan stress yang dihadapi. akan tetapi, ada juga jururawat yang marah disebabkan dia memang kecewa atau sedih terhadap perangai pesakit yang tidak mengikut arahan atau nasihat yang baik untuk kesihatan mereka. Walaubagaimanapun, saya berpendapat bahawa sebagai seorang yang profesional, kita haruslah bijak mengawal emosi, intonasi dan cara percakapan diri kita sendiri supaya pesakit lebih percaya kepada kita. selain marah pesakit supaya dia ikut arahan dan nasihat kita, kita boleh carikan jalan penyelesaian lain.
    sekian, terima kasih.

    TAN JIA YEE
    A138200

    ReplyDelete
    Replies
    1. kawan2 chinese i selalu komplen nurse ibu dan anak banyak bebel.
      last2 mereka lari ke private.
      i sebagai seorang melayu rasa malu sbb banyak nurse memang melayu..

      kalau nak bebel jer sapa nak g klinik...

      nurse2 perlu pertingkatkan mutu interaksi dengan orang awam.
      be a profesional

      Delete
  7. assalamualaikum.... :)
    nice entry....nice sharing....
    'don't judge a book by its cover', ....tapi selalu je misi garang.dengan kami pun garang.kalau masam muka mcm cuka..mudahla dia nak marah...baik jangan tegur....hahahah...nanti pelajar pun kena marah...pesakit usah katala...tak kena angin dia,,ok la....datang monson barat daya...habis...
    sebagai golongan yang professional, kita harus bersikap terbuka dan harus pandai mengawal marah, stress yang mendatangkan kemarahan, dan harus pandai psycho pesakit,,,,,,,......

    tqvm.... :)
    MASINAWATI ZAINI
    A137844

    ReplyDelete
  8. memang pun misi kat klinik ibu & anak asik bebel dan sound mcm klu bab2 terpregnant
    rasa mcm pregnant anak luar nikah plak...
    klu da tpregnant nak buat mcm ner..xkan nak buang..lagi dosa
    patutnyer bg la semangat..nasihat suh jga pmknan and kesihatan...
    teruk kenaa sound apa la
    tp masih ada nurse yg baik2..cuma sesetengah tu asik bebel
    byk keja2...tu je
    abis org lain goyang kaki ke
    dah kerja buat je la..
    kena ingat
    gaji penjawat awam dibayar hasil kutipan cukai2 rakyat..so awk patutnya bg servis terbaik utk rakyat..

    luahan dari orang awam

    ReplyDelete